Biasiswa Karangkraf kepada pelajar-pelajar Kolej Cosmopoint


Peluang kepada pelajar-pelajar kolej cosmopoint untuk mendapatkan Biasiswa Karangkraf.
Dimana baru-baru ini, Kumpulan Media karangkraf telah memperuntukan sebanyak 2.5 juta kepada pelajar-pelajar yang layak untuk melanjutkan pelajaran ke KLMUC dan Kolej Cosmopoint bagi tempoh 5 tahun.

Usahasama ini adalah bertujuan untuk membantu golongan belia bagi memberikan peluang kepada mereka yang mempunyai masalah kewangan untuk belajar ke peringkat ynag lebih tinggi.



“Tawaran Biasiswa Karangkraf kepada kedua-dua institusi swasta di bawah teraju Kumpulan Cosmopoint ini bakal memberi manfaat pendidikan kepada penerimanya.

“Insentif ini adalah selari dengan misi kami bagi membantu mereka yang berpotensi dari keluarga berpendapatan sederhana untuk membina masa hadapan dengan lebih baik,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis menandatangani memorandum perjanjian (MoA) antara Karangkraf dan Kumpulan Cosmopoint, semalam.
Hadir sama, Pengarah Urusan Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub dan Timbalan Pengerusi Karangkraf, Muhammad Nasir Hamzah.
Mohamad Kamal berkata, tawaran biasiswa berkenaan akan memberi impak positif kepada komitmen dan kesungguhan pelajar untuk berjaya dalam pengajian.
“Kerjasama strategik ini bukan sahaja menjadikan penerima biasiswa bebas daripada pinjaman kewangan pendidikan, malah dapat membentuk dan membangun potensi pelajar berkenaan dalam akademik, kemahiran dan kokurikulum,” katanya.
Selain MoA itu, majlis perasmian Rumah Ngaji turut diadakan dengan KLMUC menjadi universiti swasta pertama terlibat dalam program tersebut.
“Inisiatif murni ini bertujuan untuk memberikan sumbangan positif kepada pelajar dan masyarakat. Pastinya Rumah Ngaji ini bakal membentuk graduan yang seimbang dalam ilmu akademik, kemahiran dan keagamaan,” katanya.
Sementara itu, Hussamuddin berkata, Rumah Ngaji membentuk pelajar supaya mampu mendekatkan diri kepada al-Quran.
“Melalui program ini, kita harap dapat membentuk satu generasi baharu yang bukan sahaja berjaya dalam bidang akademik, tetapi boleh membaca, menghayati dan mengamalkan al-Quran.

“Jika kita boleh mengaji, faham dan amal, kita boleh selamatkan diri dan negara,” katanya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...