PELUANG DIPLOMA DALAM BIDANG HOSPITALITI- Kolej Cosmopoint Kota Kinabalu- Biasiswa RM 2100

Industri hospitaliti adalah suatu industri perniagaan yang menyediakan segala perkhidmatan kepada pelanggannya seperti perkhidmatan makanan dan minuman, kemudahan penginapan, kemudahan beriadah dan rekreasi, perkhidmatan pelancongan dan sebagainya. Perkataan hospitlaliti adalah berasal daripada Bahasa Latin iaitu ‘hospitare’ yang bermaksud bersedia menerima tetamu.  Ungkapan ini merangkumi penyediaan keperluan asas kepada tetamu seperti makanan, minuman atau penginapan.  Industri hospitaliti menyediakan peluang pekerjaan yang mencabar di seluruh dunia dengan masa kerja yang bebas, pendapatan yang menggalakkan dan peluang melancong yang meluas.
Antara Diploma dalam bidang Hospitaliti yang ditawarkan di Kolej Cosmopoint Kota KInabalu, Sabah.
1) Diploma Pengurusan perhotelan (tempoh pengajian 3 tahun termasuk Latihan industri )
2) Diploma pengurusan Pelancongan ( tempoh pengajian 3 tahun termasuk Latihan industri )
3) Diploma Seni Kulinari ( tempoh pengajian 3 tahun termasuk Latihan industri )
4) Diploma Seni Pastri (tempoh pengajian 3 tahun termasuk Latihan industri )

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...